Pemahaman SJKC


LATIH TUBI PEMAHAMAN  PETIKAN BERITA

 Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

 KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.

 Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

 Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

 Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang.  Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

 Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.


1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?
A Kuih yang dijual
B Nasi lemak yang dijual
C Makanan yang dijual
D Minuman yang dijual

2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan?
A Sakit perut
B Muntah-muntah
C Sakit perut yang serius
D Sakit perut dan muntah-muntah

3  Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan?
A 8
B 10
C 12
D 20

4  Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?
A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
B Pusat Kesihatan Pantai Remis
C Guru yang bertugas
D Guru besar

5 Semua penyataan di bawah  benar tentang petikan kecuali ________________
A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat
B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah
C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.



2 comments:

  1. blog yang amat membantu dalam pemahaman dan penulisan SJK ( C )

    ReplyDelete
  2. Blog saudari canggih dan menarik dan mendapat banyak pengetahuan.......

    ReplyDelete