Penulisan SJKC


BAHAGIAN C : LATIHAN UNTUK MURID KUMPULAN A DAN B

PETIKAN 1

Tulis empat nilai murni berdasarkan petikan di bawah.Ulasan kamu mestilah  tidak lebih daripada 40 patah perkataan dan ditulis dalam satu perenggan sahaja.

    
       Hari ini hari Ahad. Halim, Salina dan ayahnya pergi berjoging di sekitar taman perumahan mereka. Mereka suka berjoging di situ kerana suasana di taman itu sungguh nyaman terutamanya pada waktu pagi.

 Satu jam kemudian, mereka pun pulang. Puan Midah telah menyediakan  nasi lemak dan air Milo sebagai sarapan  mereka. Halim dan keluarganya bersarapan bersama-sama. Halim mengangkat pinggan mangkuk ke singki dan Isma menolong  ibunya mencuci pinggan mangkuk tersebut. Halim pergi ke halaman rumah untuk menolong ayahnya mencuci kereta.

     Bila sampai di luar rumah, Halim mendapati ayahnya sedang berbual-bual dengan jiran mereka, Encik Hong. Memang ayahnya dan Encik Hong selalu berbual-bual jika ada masa lapang. Halim mengucapkan selamat pagi kepada Encik Hong. Selepas itu, Halim dan ayahnya mencuci kereta bersama-sama.


2 comments: